Dasar Privasi

Dasar Privasi ini menerangkan secara ringkas cara PsikoM mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi berkaitan pembelian serta akses produk digital di psikom.com. Kami menghormati hak privasi anda dan berhasrat mematuhi prinsip-prinsip di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1. Data Yang Kami Kumpul

  • Data pembelian: nama, emel, butiran pesanan, masa & jumlah bayaran.
  • Data teknikal: alamat IP, jenis pelayar/peranti, cap masa log akses.
  • Data komunikasi: kandungan emel sokongan/pertanyaan.
  • Kuki & penjejakan: kuki sesi asas; analitik dan pemasaran.

2. Tujuan Pemprosesan

  • Menyempurnakan pembelian dan menyediakan akses produk digital.
  • Pengurusan akaun/akses, sokongan pelanggan dan notifikasi penting.
  • Keselamatan, audit dan pencegahan penipuan.
  • Analitik agregat untuk penambahbaikan produk.

3. Kuki & Penjejakan

Kami menggunakan Google Analytics dan Facebook Pixel untuk statistik lawatan dan pemasaran. Anda boleh mengurus atau menyekat kuki melalui tetapan pelayar anda. Tiada opt-in emel pemasaran disediakan pada masa ini.

4. Penyimpanan & Tempoh

Data disimpan selama yang diperlukan bagi tujuan operasi, pematuhan dan audit. Tiket sokongan lazimnya disimpan sehingga 1 bulan dari tarikh penutupan.

5. Keselamatan

Kami menggunakan langkah munasabah seperti HTTPS/TLS, kawalan akses dalaman dan log keselamatan untuk melindungi data anda daripada akses tanpa kebenaran.

6. Hak Anda

Anda boleh membuat permintaan untuk akses atau pembetulan data anda. Kami akan memberi maklum balas dalam tempoh 7–14 hari bekerja. Untuk pertanyaan, hubungi: support@psikom.com.

7. Kanak-kanak

Perkhidmatan PsikoM ditujukan kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas.

8. Perubahan Dasar

Dasar ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bawah.

Terakhir dikemas kini: