Polisi Bayaran Balik (Refund Policy)
Terima kasih kerana mempercayai PsikoM sebagai platform latihan anda. Polisi ini diwujudkan bagi memastikan semua pembelian produk digital kami jelas, telus, dan adil untuk semua pihak.
1. Polisi Umum
Semua jualan produk digital di psikom.com adalah muktamad. Oleh kerana produk berbentuk digital (akses soalan latihan psikometrik), ia tidak boleh dipulangkan semula setelah akses diberikan kepada pembeli.
2. Situasi Tidak Layak Bayaran Balik
Bayaran balik tidak akan diproses bagi situasi berikut:
- Tersilap membeli produk.
- Perubahan fikiran selepas pembayaran.
- Tidak berpuas hati dengan kandungan setelah akses diberikan.
3. Situasi Layak Bayaran Balik
Bayaran balik hanya dipertimbangkan dalam situasi berikut:
- Bayaran dibuat lebih daripada sekali (duplicate payment).
- Masalah teknikal yang menyebabkan pembeli tidak menerima akses produk selepas 24 jam pembayaran disahkan.
4. Proses Permohonan Bayaran Balik
Sekiranya anda memenuhi syarat di atas, sila hubungi kami di: support@psikom.com.
Maklumat berikut diperlukan:
- Nama penuh
- Emel yang digunakan semasa pembelian
- Bukti pembayaran
Permohonan akan disemak dan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pengesahan diterima.
5. Hak PsikoM
Pihak PsikoM berhak menolak sebarang permohonan bayaran balik yang tidak memenuhi syarat yang dinyatakan dalam polisi ini.
Terakhir dikemas kini: